|
 |
|
Jan 15, 2008

BAHAN-BAHAN:
500 gm daging | direbus dan disiat halus 100 gm serbuk kari 50 gm jintan manis 50 gm jintan putih 50 gm serbuk ketumbar 100 gm cili kering yang telah dikisar 200 ml santan 250 ml minyak masak Garam secukup rasa Gula secukup rasa BAHAN-BAHAN KISAR 3 cm lengkuas 3 cm halia 100 gm bawang merah 60 gm bawang putih 5 batang serai 60 gm kunyit hidup
CARA MEMASAKNYA:
1. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga garing.
2. Kemudian masukkan cili kering, serbuk kari, jintan manis, jintan putih dan ketumbar.
3. Setelah garing, masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih.
4. Kemudian masukkan daging yang telah disiat-siat tadi bersama dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masak sehingga kering menggunakan api yang perlahan dan sedia untuk dihidang.
Posted at 07:40 am by edaroslan
Permalink
Jan 13, 2008

BAHAN-BAHAN: 200 gm minyak sapi 300 gm tulang rawan | dipotong kiub besar dan direbus 3 ulas bawang kecil 2 ulas bawang putih 1 cm halia 30 gm daun sup 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 1 batang kulit kayu manis 1 helai daun pandan 2 sudu makan rempah sup 100 gm kentang 100 gm lobak merah 750 ml air 30 gm bawang goreng Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA:
1. Panaskan minyak sapi dan masukkan bahan yang telah dihiris halus. Tumis sehingga berbau harum.
2. Kemudian masukkan buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis.
3. Masukkan daun pandan dan rempah sup yang dicampurkan dengan sedikit air. Kacau sehingga rempah garing.
4. Kemudian masukkan tulang rawan yang telah direbus. Gaulkan hingga rata.
5. Masukkan air, kentang dan lobak merah.
4) Biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga kentang dan lobak merah menjadi empuk.
5) Setelah sup masak, taburkan dengan bawang goreng dan daun sup.
Sedia untuk dihidang.
Dari Majalah RASA
Posted at 07:32 am by edaroslan
Permalink
Jun 30, 2007
|
Juadah ceruk rantau Negeri Melaka |
|

Bahan-bahan: 1 ekor ikan siakap 375 ml sos tomato 250 ml sos cili 125 ml sos tiram 10 biji cili padi 1 sudu teh gula pasir 20 gm nanas | didadu Sedikit daun bawang Sedikit bawang goreng Minyak untuk menggoreng
Cara Memasaknya: 1. Goreng ikan siakap hingga masak. Angkat dan ketepikan. 2. Masak semua sos dalam satu kuali hingga mendidih. 3. Kemudian masukkan nanas, cili padi dan daun bawang. Kacau sekejap dan tuang atas ikan goreng tadi dan tabur bawang goreng.
Info:
Waktu penyediaan : 10 minit
W Waktu memasak : 15 minit
W Keistimewaan : Masam, manis, pedas menyelerakan
WJenis penyediaan : Lauk Utama
W Jenis masakan : Ikan goreng sambal
W Jenis acara : Makan tengah hari, makan malam
W Cara Masakan: Goreng dan tumis
|
Posted at 04:39 am by edaroslan
Permalink
Pais Tempoyak Ikan Talapia
|
Juadah ceruk rantau Negeri Pahang |
|
|

Bahan-bahan: 1 ekor ikan talapia | saiz sederhana 3 sudu makan tempoyak baru 20 biji cili padi | ditumbuk lumat 1 labu bawang besar | diracik 1 batang serai | dihiris kecil 25 mm kunyit hidup | ditumbuk lumat 2 sudu makan santan Garam secukup rasa Daun pisang
Cara Memasaknya: 1. Gaul kunyit, cili padi, tempoyak, serai dan bawang bersama. 2. Lumur badan ikan dengan garam dan balut di dalam daun pisang bersama bahan-bahan tadi. 3. Tuangkan santan di atas badan ikan. 4. Bakar ikan di atas bara api samada di atas kuali atau di dalam ketuhar.
Info:
Waktu penyediaan : 10 minit
Waktu memasak : 25 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Ikan talapia adalah salah satu ikan kampung yang popular di negeri Pahang
Jenis penyediaan : Lauk utama
Jenis masakan : Pais
Jenis acara : Makan tengahari atau malam
Cara Masakan: Panggang
|
Posted at 04:35 am by edaroslan
Permalink
Daging Salai Masak Lemak Cili Api
|
Juadah ceruk rantau Negeri Sembilan |
|

Bahan-bahan: 1 kg daging lembu | dipotong nipis dan disalai 2 biji kelapa | ambil santannya 10 biji terung telunjuk 15 biji asam belimbing buluh 15 ulas cili padi | ditumbuk 4 cm kunyit hidup | ditumbuk Garam secukup rasa
Cara Memasaknya: 1. Masukkan santan, cili padi dan kunyit yang ditumbuk ke dalam periuk. 2. Dididihkan, kemudian masukkan garam secukup rasa bersama dengan terung telunjuk dan belimbing buluh. 3. Biarkan seketika dan masukkan daging. Masak sehingga ramuan mesra dan sedia untuk dihidang.
Info:
Waktu penyediaan : 20 minit
Waktu memasak : 35 minit
Jenis hidangan : Tradisional
Keistimewaan : Hidangan daging salai cukup popular di Negeri Sembilan
Jenis penyediaan : Menu utama
Jenis makanan : Masak lemak
Jenis acara : Makan tengah hari, makan malam atau majlis keraian
Cara Masakan: Disalai dan dididihkan
|
Posted at 04:32 am by edaroslan
Permalink
Apr 22, 2007
Paru Goreng Sambal Anuwarezam
|
Paru Goreng Sambal Anuwarezam | |
|
|
BAHAN-BAHAN: • 500 gram paru - direbus dan dihiris nipis • 2 sudu besar cili giling • 22 ulas bawang putih - kisar • 2 labu bawang besar - kisar • 2 sudu besar kacang tanah - goreng dan tumbuk kasar • 2 sudu besar kicap pekat • Serbuk perasa dan garam secukup rasa | CARA MEMBUAT:
| 1. |
Panaskan minyak dan goreng paru terlebih dahulu. |
| 2. |
Tos paru tersebut dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar bersama cili giling. |
| 3. |
Setelah naik minyak, masukkan paru tadi bersama kicap dan kacang tanah. |
| 4. |
Akhir sekali masukkan serbuk perasa dan garam secukupnya. |
| 5. |
Kacau kesemua bahan sehingga masak. |
| 6. |
Sedia untuk dihidangkan. |
Dari mingguan wanita
Posted at 07:40 am by edaroslan
Permalink
Apr 1, 2007
Udang Bersos Pedas Masam Manis

Bahan-bahan A: 300 gm udang | dibuang kulit 3 sudu makan minyak masak 1 sudu teh tepung jagung | dibancuh 1 biji telur 2 tangkai daun bawang | dipotong Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan B (dipotong): 1 biji bawang besar 3 cm halia muda 2 biji cili padi 2 biji bawang putih
Bahan-bahan C: 3 sudu makan sos tomato 2 sudu makan cuka 2 sudu makan gula 1 sudu makan sos plum 1 sudu teh sos Lea & Perrins 125 ml air
Cara Memasaknya: 1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng kesemua bahan-bahan B sehingga warnanya kekuning-kuningan. 2. Masukkan bahan-bahan C dan biarkan ia mendidih. 3. Selepas itu masukkan udang dan kacau rata. Akhir sekali masukkan air tepung jagung dan telur. Masak selama dua minit dan hiaskan dengan daun bawang. Sedia untuk dihidang.
Posted at 08:49 am by edaroslan
Permalink
MASAKAN SZECHUAN - Daging Masak Pedas

Bahan-bahan: 200 gm daging | dihiris nipis 15 gm cili benggala merah | dihiris memanjang 15 gm cili benggala hijau | dihiris memanjang 10 gm halia | dihiris memanjang 10 gm bawang putih | dihiris memanjang 5 gm cili kering 1 sudu teh serbuk cili 1 kiub pati ayam 1 sudu teh cuka 1 sudu teh kicap soya Garam dan gula secukup rasa
Cara Memasaknya: 1. Goreng daging sehingga masak dan ketepikan. 2. Tumis bawang putih dan halia sehingga berbau harum. 3. Kemudian masukkan daging bersama dengan cili kering, cuka, pati ayam, cili benggala merah dan hijau, serbuk cili dan kicap soya. 4. Masak sehingga ramuan sebati. 5. Sedia untuk dinikmati.
Posted at 08:43 am by edaroslan
Permalink
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Langkah 1 |
Langkah 2 |
Langkah 3 |
|
|
|
|
|
Langkah 4 |
Langkah 5 |
Langkah 6 |
Bahan-bahan: 250 gm isi ayam 250 gm isi udang 250 gm sotong 3 biji bawang merah besar | dipotong empat 50 gm kubis bunga 50 gm brokoli 50 gm lobak merah | dihiris 50 gm jagung muda | dihiris 10 biji cili padi | diketuk 8 biji limau kasturi | ambil jusnya 1 batang bunga kantan | dipotong empat 1 biji tomato | dipotong 4 helai daun limau purut Garam secukup rasa Sedikit bahan perasa 750 ml air atau secukupnya
Cara Memasaknya: 1. Panaskan air hingga mendidih. Masukkan ayam, udang dan sotong. Biar hingga masak. 2. Masukkan lobak merah, kubis bunga dan brokoli. 3. Masukkan bawang merah dan bunga kantan. 4. Masukkan pula jagung muda, cili padi dan daun limau purut. 5. Kemudian masukkan jus limau kasturi, sedikit bahan perasa dan garam secukup rasa. 6. Akhir sekali masukkan daun saderi dan tomato. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.
|
Posted at 08:37 am by edaroslan
Permalink
Roti & Mufin
KANAK-KANAK memang menggemari sesuatu yang lembut dan manis. Apatah lagi jika rasanya enak dan mampu membangkitkan selera pagi mereka. Pelbagai jenis mufin dan roti ini sesuai dimakan sama ada untuk hidangan pagi ataupun petang. Ia juga boleh disimpan dan dimakan bila-bila masa.

BAHAN-BAHAN: 125 gm mentega 125 gm gula kastor 125 gm tepung kek ½ camca teh serbuk penaik 3 butir telur ½ camca teh esen vanila
BAHAN UNTUK ISING: 150 gm gula aising 3 camca besar air panas Sedikit pewarna
CARA PENYEDIAAN: 1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan gebu. 2. Masukkan telur sebutir demi sebutir kemudian masukkan esen vanila. 3. Kaup balikkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi. 4. Sudukan adunan kek ke dalam mangkuk kertas dan bakar dalam pembakar selama 15 minit pada suhu 180°S.
CARA MEMBUAT ISING: 1. Campurkan air panas ke dalam gula aising, kemudian masukkan pewarna. 2. Paipkan diatas kek mini yang telah disejukkan mengikut citarasa.
Posted at 08:35 am by edaroslan
Permalink
|
|
|