<< May 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31







Kepada sesiapa yang ingin mengetahui kehebatan Aura Seri & Aura Genius boleh melayari


www.duniaauraseri.blogdrive.com. Kami mengadakan Bengkel Pengurusan Kewangan Peribadi & Bebas Hutang. Dan jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut boleh layari web ini


www.urusduiturusutang.blogdrive.com






Untuk Aura Seri & Aura Genius dan juga Bengkel anda boleh menghubungi saya Faridah di talian 019 - 281 6570 atau email saya idaroslan03@yahoo.com

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Apr 1, 2007
SUHUN GORENG CENDAWAN






BAHAN-BAHAN:

100 gm cendawan campur
200 gm suhun – rendam terlebih dahulu dalam air panas selama beberapa minit & toskan
20 gm tauge
3 ulas bawang putih – dicincang halus
10 gm lobak – dihiris ikut cita rasa
20 gm sotong
20 gm kepingan ikan
20 gm udang
10 gm pucuk – direndam & ditoskan
5 gm kicap cair
5 gm sos tiram
5 gm serbuk lada hitam
Sedikit minyak


CARA MEMBUAT:

1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga bau harum. Masukkan kepingan ikan, udang dan juga sotong.
2. Kemudian masukkan pula cendawan, pucuk, lobak dan tauge. Seterusnya masukkan suhun, sos tiram, serbuk lada hitam, kicap cair dan serbuk perasa. Gaul sebati.
3. Biarkan hingga masak dan sedia untuk dihidang


Posted at 08:33 am by edaroslan
Make a comment  

Feb 3, 2007
Jeruk Mangga

 

 


- Buah mangga muda dibelah dua atau empat atau enam pun boleh gak.

- Rendam semalaman dalam air kapur (kapur sireh, jangan kapur kasut lak)

- Esoknya, basuh mangga bersih-bersih. Perapkan dengan air garam semalaman pulak. Garam biar banyak ye.

- Esosnya, tapiskan mangga, buang air garam tu. Jangan basuh dah.

- Masak air gula . Biarkan air gula sejuk. Masukkan mangga dalam bekas/balang/ botol, siramkan air gula. biar semalamam. (Air gula tu biar le pekat sikit..)

- Lepas tu rasa lah...sah sedapppp...hemmmm yummy-yummy! !!.....

Ini gambar jeruk yang best sangat ni...
Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

 


 

 

__._,_.___
.

__,_._,___









Posted at 09:05 pm by edaroslan
Comment (1)  

Jan 3, 2007
Petua hari ini

Hilangkan Bau Nasi Hangit


Nasi yang anda masak berbau hangit? Cuba petua ini.

Ambil beberapa biji cili padi. Cucukkan hujungnya ke permukaan nasi tersebut dan tutup. Biarkan seketika sehingga cili padi tadi layu atau kelihatan agak lebam,
barulah bau hangit tadi akan hilang. Selepas itu nasi itu bolehlah dimakan.

Selamat mencuba.


Posted at 01:37 am by edaroslan
Make a comment  

Dec 23, 2006
Petua hari ini


Bersihkan Siput Sedut

Jika anda menghadapi masalah untuk membersihakn siput sedut,ambil
sebekas hampas kelapa kemudian gaulkan bersama siput sedut yang
masih hidup itu. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, barulah
mulakan kerja-kerja mengerat bahagian hujung cengkerang siput tersebut
sebelum ia dicuci dan dimasak. Dengan itu bau lumpur akan hilang dari
siput itu. Malahan rasa lemaknya juga akan bertambah bila dimasak.
Selamat mencuba.


Posted at 07:55 pm by edaroslan
Make a comment  

Dec 17, 2006
PUDING BUAH CAMPUR





Puding Buah Campur [Puding Fruit Cocktail]

bahan

10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
6 gelas air
11/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air buah campur dlam tin...
1 tin buah campur [untuk hiasan]

Cara:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
3. Tutup api. Masukkan air buah campur dalam tin dan susu cair.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah campur yang diasingkan tadi.

NOTA
Puding ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk mmemakannya.....

kalau untuk buat hantaran ..kurangkan air dalam memasaknya dan hiaskan dengan buah campur saja.


Koleksi resepi dari hanieliza.fotopages..

Posted at 01:55 am by edaroslan
Make a comment  

Dec 16, 2006
Salmon butter lemon

Salmonbutterlemon

 

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 slices salmon
  • 2 + 1 sudu besar lemon
  • 1 sudu besar butter
  • 1/2 sudu besar jus lemon
  • 4 sudu besar air
  • garam secukup rasa
  • lada hitam secukupnya(3 kali pusing kalau guna bekas lada hitam)
  • daun bawang untuk hiasan
  • tepung gandum/ corn starch

Cara-cara

  1. Salmon-butter-lemon1 Kerat 2 salmon dan buang kulitnya. sapukan dengan tepung gandum.
  2. Salmon-butter-lemon2 Panaskan 2 sudu besar olive oil. Bila olive oil panas, besarkan api dan masukkan salmon.
  3. Salmon-butter-lemon3 Bila bahagian bawah salmon dah nampak kuning, balikkan dan masukkan pula 1 sudu besar olive oil lagi. Masukkan garam, dan lada hitam. Kemudian balik-balikkan salmon sehingga garing.
  4. Keluarkan salmon dari kuali, masukkan pula air, butter dan jus lemon. Panaskan sehingga air meruwap dan sos lemon melekat kat sudu.
  5. Tuangkan sos lemon ke atas salmon dan taburkan dengan daun bawang.
  6. Kalau nak lagi sedap, sebelum letak samon tu pinggan tu panas sekejap dgn microwave. Lepas tu bolehlah letak salmon dan sos lemon di atasnya

Koleksi resepi dari My Resepi


Posted at 11:34 pm by edaroslan
Make a comment  

Dec 15, 2006
Ikan tongkol goreng kicap

Ikan

 

Bahan-bahan ( - )

  • >>Bahan untuk rebus
  • Ikan tongkol
  • asam keping
  • lengkuas
  • garam
  • manisan/gula melaka
  • >> Bahan untuk goreng kicap
  • bawang besar-hiris
  • bawang putih- hiris
  • cili padi- hiris
  • kacang panjang
  • kicap
  • sos tiram

Cara-cara

  1. Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak siket air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng.
  2. Goreng ikan tongkol yang direbus sehingga garing. Ketepikan
  3. Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan kacang panjang. Goreng dalam 2-3 minit.
  4. Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati.
  5. Sedap dimakan ketika masih panas-panas

 

Koleksi resepi dari Myresepi


Posted at 11:29 pm by edaroslan
Make a comment  

Dec 14, 2006
Fish Ball

Fishball

Bahan-bahan ( anggaran 3 org makan )

  • 400gm isi ikan tenggiri
  • 1 sudu kecil garam (paras rata)
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu kecil tepung ubi
  • 60 ml air sejuk atau secukupnya
  • 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
  • secubit serbuk perasa jika suka

 

Cara-cara

  1. Masukkan dlm mesin kisar (food prosessor) isi ikan, lada sulah dan garam, mesin hingga lumat.
  2. Masukkan tepung jagung, tepung ubi, serbuk perasa dan air sejuk kemudian mesin lagi sehingga sebati dan kenyal.
  3. Bulat-bulatkan dgn menggunakan sudu kecil.
  4. Jika ingin guna tangan, celupkan tangan ke dlm air terlebih dahulu ambil secubit pes tadi bulat2 kan sehingga habis.
  5. Didihkan air, masukkan fish ball kemudian rebus sehingga fish ball timbul dipermukaan seketika bolehlah diangkat.

Koleksi resepi dari MyResepi


Posted at 02:52 am by edaroslan
Make a comment  

Dec 13, 2006
Mee kuah

Mee-kuah

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 500g mee
  • 5 cawan air rebusan tulang ayam
  • udang, daging, isi ayam
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 1 sudu kecil lada hitam- tumbuk
  • sawi
  • taugeh
  • tomato
  • bawang goreng
  • sos tomato- jika suka
  • sos cili- jika suka
  • kicap cabai ( kicap manis + cabai dipotong halus + sedikit cuka)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam
  • gula
  • ajino -jika suka
  • limau nipis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau
  2. Masukkan isi ayam, daging atau udang. Kacau balik sekejap dalam 1-2 minit. Masukkan air rebusan
  3. Masukkan pula lada hitam yang telah ditumbuk halus
  4. Masak sehingga mendidih dan daging empuk. Kemudian masukkan sawi, garam dan gula. Masak 2-3 minit. Padamkan api. Masukkan taugeh dan tomato yang dipotong
  5. Celur mee dalam air mendidih.
  6. Bila dah siap. Masukkan mee ke dalam mangkuk dan masukkan kuah tadi.
  7. Taburlah dengan bawang goreng.
  8. Kalau nak lagi sedap bolehlah dimasukkan sos tomato, sos cili, kicap cabai dan perahan air limau nipis.

Koleksi Resepi dari MyResepi


Posted at 02:48 am by edaroslan
Make a comment  

Dec 12, 2006
Spaghetti Sihat

 

P1150011

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 300 gram isi ayam, dipotong dadu (boleh tambah jika suka)
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 3 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 biji lada benggala (capsicum) merah - didadu
  • 1 batang carrot – didadu
  • ½ tin cendawan butang – dihiris ikut suka (boleh juga guna cendawan tiram)
  • 2 biji tomato segar – dipotong enam
  • 100 gram daun parsley segar – dihiris halus bahagian daun sahaja, macam buat kerabu
  • 2 sudu besar lada hitam serbuk (yang kasar-kasar)
  • ½ sudu teh herba oregano kering (jika suka)
  • Perahan ½ biji lemon atau 2 sudu besar cuka apel (cider vinegar)
  • 1 kiub stok ayam
  • 1 cawan minyak zaitun
  • Garam secukupnya

Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk yang besar. Masukkan spaghetti apabila air mendidih dengan sedikit garam. Bila pasta lembut, angkat dan toskan.
  2. Dengan menggunakan api sedang, tumis bawang besar dan bawang putih dengan minyak zaitun. Jangan ditumis garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging ayam, kacau hingga nampak kesemua daging ayam telah masak.
  4. Masukkan capsicum, carrot dan cendawan dan tomato. Kacau rata.
  5. Masukkan lada hitam, daun parsley, herba oregano (jika suka), dan taburan kiub ayam. Kacau sebentar dan tutup api.
  6. Ambil spaghetti yang telah direbus tadi, masukkan dalam kuali yang dimasak ayam tadi (masih panas). Toskan hingga rata.
  7. Masukkan perahan lemon atau cider vinegar, dan toskan spaghetti lagi. Perasakan garamnya, jika kurang masin, taburkan sedikit garam dan toskan lagi. Jika suka pedas, boleh tambah chilli flakes atau lebihkan lada hitam.
  8. Mesti dihidang terus, panas-panas.
  9. Tips : Minyak zaitun yang digunakan agak banyak kerana ia menjadi base sauce yang menyalut spaghetti. Minyak ini menyihatkan kerana ianya monounsaturated, dan baunya juga lebih harum.

Koleksi resepi dari Myresepi


Posted at 01:51 am by edaroslan
Make a comment  

Previous Page Next Page