<< May 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31







Kepada sesiapa yang ingin mengetahui kehebatan Aura Seri & Aura Genius boleh melayari


www.duniaauraseri.blogdrive.com. Kami mengadakan Bengkel Pengurusan Kewangan Peribadi & Bebas Hutang. Dan jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut boleh layari web ini


www.urusduiturusutang.blogdrive.com






Untuk Aura Seri & Aura Genius dan juga Bengkel anda boleh menghubungi saya Faridah di talian 019 - 281 6570 atau email saya idaroslan03@yahoo.com

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Dec 11, 2006
Tuna Telur Goreng

Tuna

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 1 tin tuna
  • 2 biji telur
  • 1/2 biji bawang besar-hiris
  • 1 ulas bawang putih-hiris
  • garam
  • serbuk lada putih
  • gula
  • minyak untuk menumis
  • 2 biji cili padi-potong kecil-kecil
  • 2 tangkai daun bawang- hiris

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga wangi.. Kalau guna tuna yang dah pedas tak payah letak cili.
  2. Masukkan tuna. Kacau sehingga nampak sedikit kering.
  3. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan ke dalam kuali tuna tadi sambil dikacau.
  4. Akhir sekali masuklah daun bawang. Kacau2 dan padamkan api.
  5. Bolehlah dihidangkan dengan nasi

 

Koleksi resepi dari MyResepi


Posted at 01:43 am by edaroslan
Make a comment  

Dec 10, 2006
Puding roti berkismis

P7050005

Bahan-bahan ( 4-8 )

  • 500 ml Susu segar
  • 8 keping Roti
  • * 4 sudu besar Gula halus
  • * 4 sudu besar Butter
  • * 2 biji Telur
  • * 1 sudu tea Esen vanilla
  • * 1 sudu besar Tepung Jagung
  • 2 sudu besar Kismis

Cara-cara

  1. Susun roti dalam loyang dan rendam dengan susu selama 30 minit.
  2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan masukkan kedalam loyang.
  3. Taburkan kismis diatas adunan tadi.
  4. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  5. Hidangkan bersama ice-cream vanilla.

 

Koleksi Resepi dari MyResepi


Posted at 01:37 am by edaroslan
Make a comment  

Dec 9, 2006
Roti Jala

 

02190003

Sesuai untuk hidangan minum petang atau juga jamuan.


Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )

  • 450g tepung gandum
  • 1 camt garam
  • 1/2 camt serbuk kunyit
  • 450 ml susu segar
  • 3 biji telur (di pukul sedikit )
  • 450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
  • 2 camb mentega cair
  • minyak untuk melenser
  • acuan roti jala

Cara-cara

  1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.
  2. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
  3. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
  4. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
  5. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
  6. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.
  7. Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.

 

Koleksi Resepi dari Myresepi

 


Posted at 01:31 am by edaroslan
Make a comment  

Dec 8, 2006
Ayam Masak Kicap

Ayam Masak Kicap Ayamkicap

ayam masak kicap sempoi.. makan dengan nasi putih dan sup tulang sure terangkat!!..


Bahan-bahan ( 1-2 orang )

  • 1 bahagian paha ayam
  • garam kunyit secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
  • 1/2 biji bawang besar -hiris nipis
  • 2 ulas bawang puting- mayang
  • 1cm halia- cincang halus
  • kicap pekat manis secukupnya
  • 2-3 biji cili padi- potong dua
  • 1-2 batang cili hijau

Cara-cara

  1. Potong ayam kecik-kecik dan bersihkan
  2. Lumurkan ayam dengan garam kunyit dan goreng sehingga 2/3 masak. Kemudian ketepikan
  3. Ambik dua sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili sampai naik bau.
  4. Kemudian masukkan kicap dan ayam. Goreng sampai ayam masak.
  5. Akhir sekali kalau suka cili hijau bolehlah hiris cili hijau dan masukkan ke dalam ayam. Goreng sekejap dan padamkan api.
  6. Siap untuk dimakan.

 

Koleksi Resepi dari MyResepi


Posted at 01:29 am by edaroslan
Make a comment  

Dec 7, 2006
Grill Madu

Ayam_bakar

Ayam grill madu. Boleh juga dibakar.


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 500g ayam
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • ( TUMBUK )
  • 2 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan di atas.
  2. Perap 30 minit atau lebih. Kemudian grill kan dalam microwave atau bakar

 

Koleksi resepi dari MyResepi


Posted at 01:26 am by edaroslan
Comment (1)  

Dec 6, 2006
Ayam Paprik

 

Paprik

Kelantan style. Sesuai juga diganti dengan daging


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 1/2 ekor ayam
  • [ Bahan kisar ]
  • 1 inci kunyit
  • 2 batang serai
  • 10 biji cili padi
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • sedikit belacan
  • [ Bahan hias ]
  • 4 helai daun limau purut
  • 1/2 biji bawang besar dihiris nipis
  • sedikit garam, gula dan perisa
  • 1 keping asam keping

Cara-cara

  1. Bersih ayam dan potong kecik-kecik. Lumurkan dengan sedikit garam.
  2. Goreng ayam sehingga separuh masak
  3. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga garing
  4. Masukkan ayam, asam keping, daun limau purut, bawang besar, garam, gula dan perisa serta sedikit air.
  5. Masak sehingga ayam masak sepenuhnya

 

Koleksi resepi dari MyResepi


Posted at 01:23 am by edaroslan
Make a comment  

Dec 5, 2006
Brownies

 

 

BROWNIES

Bahan A

1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]
50 gm cooking coklat

Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
2 s/b roasted badam cincang

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.acau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

KERIM COKLAT
Bahan

250 gm cooking coklat [cap tulip]
1 s/b butter/majerin
1 s/k susu cair

Cara
1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan

 

Koleksi resepi dari Freewebs


Posted at 12:57 am by edaroslan
Make a comment  

Dec 4, 2006
Stew Ayam

STEW AYAM ala-ala DIET [masak gunakan m/wave]


Bahan:

500 gm ayam
5 ulas bawang merah/kecil ]
2 ulas bawang putih ] mayang halus
1 inci halia ]
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang[potong 1 inci]
1 sudu kecil kicap cair
1 biji cili merah...mayang
1 batang carrot [potong kecil]
1 biji tomato [belah 6]
1 s/k tepung jagung ] bancuh
1/2 cawan air ]
1 s/k lada hitam
1 s/k minyak bijan
garam secukup rasa...

Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Masukkan semua bahan kecuali daun sup dan daun bawang dalam mangkuk besar.
4. Masukkan kedalam microwave oven dan masakkan pada HIGH selama 15 minit.
5. Keluarkan dan gaul rata lagi dan masukkan tomato pula.
6. Masukkan semula dalam microwave dan masakkan lagi selama 10 minit.
7. Keluarkan dan taburkan hirisan daun bawang dan daun sup.
8. Hidangkan dengan nasi or roti. 

 

Koleksi Resepi dari Jamuselera

Posted at 12:37 am by edaroslan
Make a comment  

Dec 3, 2006
Ayam Bakar BBQ

 

Bahan:

1 ekor ayam [potong 8]

2 cm halia
3 batang serai
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/k lada hitam
3 biji cili merah
[semua bahan ini dimesin halus]

1 s/b kicap
1 s/b Delichef Salted Chicken Seasoning
madu/gula
kunyit serbuk
minyak + serai yg diketukkan [buat renjis sikit]

sayuran hiasan: salad..timun..tomato

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan pada ayam selama 3 atau 4 jam.
2. Bakarkan ayam dalam oven convection suhu 200'C selama 1 jam
3. Renjiskan sikit minyak dengan serai yg diketuk.
4. Pusing/terbalikkan ayam supaya masak sehingga kedalam isi.
5. Bila sudah masak...hidangkan dengan salad..tomato..timun..
6. Makan dengan pencicah sos mengikut kesukaan sendiri.

Koleksi resepi dari jamuselera

Posted at 12:32 am by edaroslan
Make a comment  

Dec 2, 2006
Umbut Goreng, Sup Udang & Bubur Caca

LUMPIANG UBOD (UMBUT GORENG)


BAHAN:

500 gram umbut kelapa
25 gram bawang merah
100 gram bawang putih
200 gram lobak merah
200 gram daun saderi
200 gram udang - dihancurkan
60 ml minyak jagung
Garam dan lada sulah secukup rasa

CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan udang hancur.
3. Kemudian, masukkan umbut kelapa, lobak merah dan daun saderi.
4. Masukkan garam dan lada putih secukup rasa.
 

NOTA: Menu ini sesuai sebagai pembuka selera.

   


SINIGANG NA HIPON (SUP UDANG)


BAHAN-BAHAN:
300 gram udang putih
10 gram tomato
10 gram bawang besar
50 gram kunyit hidup
10 gram kacang panjang
10 gram kubis cina
40 gram terung bulat
5 gram cili merah
10 gram lobak putih
2 liter air
5 liter air rebusan ikan

CARA MEMBUAT:
1. Didihkan air. Kemudian masukkan buah tomato, bawang besar dan kunyit hidup.
2. Masukkan udang putih.
3. Biarkan selama 15 minit dan masukkan sayur-sayuran yang sudah dipotong.
4. Masukkan perasa secukupnya bersama air rebusan ikan tadi.
5. Biarkan air rebusan selama 10 minit dan boleh dihidangkan.
   

GUINATAANG BILO-BILO NA MAY LANGKA (BUBUR CACA)


BAHAN-BAHAN:

100 gram ubi kayu
200 gram pisang
200 gram ubi keledek
200 gram isi keladi
200 gram nangka masak
3 helai daun pandan
2 liter santan pekat
1 sudu teh perasa vanila
200 gram isi keladi berwarna ungu
Garam secukupnya

CARA MEMBUAT:
1. Didihkan air ke dalam periuk.
2. Masukkan kesemua bahan ke dalam air mendidih di antara 30 sehingga 45 minit.
3. Masukkan santan pekat, gula, garam dan perasa secukupnya.
 

NOTA: Menu ini sesuai sebagai pencuci mulut.

 

Koleksi resepi dari majalah Wanita


Posted at 11:44 pm by edaroslan
Make a comment  

Previous Page Next Page