|
 |
|
Dec 1, 2006

Bahan A 2 cawan tepung gandum. 1/2 cawan koko powder. 2 cawan gula halus. 1 camca teh baking powder. 2 camca teh soda bikarbonat. 1 camca teh garam halus.
Bahan B 1/2 cawan air suam + 3 sudu teh Nescafe. 1 cawan susu cair. 1 cawan minyak jagung. 2 biji telur.
Cara-Cara :
Campurkan bahan-bahan B ke dalam A dan bancuh hingga gula cair. Masukkan telur dan kacau lagi hingga sebati. Masukkan dalam acuan, dan bakar selama satu jam.
Koleksi resepi dari mj.crazyartzone
Posted at 11:07 pm by edaroslan
Permalink
Nov 30, 2006
|

Bahan-bahan :
Bhgn A 1) 7 cawan air 2) 3/4 cawan gula 3) 1 cawan agar-agar 4) Daun pandan 5-6 helai
Bhgn B 1) 7 cawan air 2) 1 cawan susu pekat (aku guna krimer manis cap teko) 3) 2 cawan susu tepung/susu kotak ( aku guna fresh milk efi, sbb aku x suke susu tepung, tak kire brand apa2, yg aku buat last week aku guna dutch lady) 4) garam setengah sudu (just utk perasa, x letak pun takpe) 5) 1 tutup esen vanilla
Cara-Cara :
1) masak Bhgn A sampai mendidih, biarkan sejuk pada suhu bilik 2) then, masakkan bahan B sampai mendidih, dier akan jadi berbuih2 power giller. 3) Mix bhn A+B 4) then tuang dlm bekas kecik2. 5) Sejukkan, dan ready utk makan.
Koleksi resipi dari mj.crazyartzone
|
Posted at 11:01 pm by edaroslan
Permalink
Nov 29, 2006
3/4 tin susu sejat Ideal 5 biji telur2 gelas air 3 sudu besar gula pasir 5 keping roti bersapu butter, potong kecil-kecil sedikit garam sedikit esen vanilla
Caramelnya 3/4 cawan gula pasir 5 sudu besar air
Cara: 1. Dalam periuk yg tebal panaskan gula pasir hingga jadi caramel. Masukkan air dan kacau. 2. Masukkan caramel dalam loyang/pyrex baking dish 3. Pukul gula dan telur hingga gula hancur. Jangan sampai naik. Pukul setakat untuk hancurkan gula sahaja. Masukkan susu, garam dan air. 4. Masukkan roti dan masukkan campuran susu tadi. 5. Kukus selama 20 minit. 6. Sedap makan jika disejukkan terlabih dahulu
*** Kalau suka, boleh letak raisins atau ceri merah. Resepi ni senang dan masuk dalam kategori 'sure jadik punya'
Koleksi resepi dari resepiogy
Posted at 10:49 pm by edaroslan
Permalink
Nov 28, 2006
 |
. |
|
Bahan - bahan
10 biji bendi - dihiris menyerong 4 ulas bawang merah 3 biji cili merah 2 ulas bawang putih 2 sudu besar udang kering 1 biji tomato - dibelah 8 Garam, minyak masak & air
Cara membuat
1. Tumbuk cili merah, bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga lumat. 2. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Tumiskan bahan yang ditumbuk hingga berbau. 3. Masukkan bendi dan digaul rata. Masukkan garam dan sedikit air. 4. Apabila mendidih dan bendi empuk, bubuh tomato. Kemudian kacau rata dan tutupkan api.
| |
Koleksi resepi dari Planet Time
Posted at 01:21 am by edaroslan
Permalink
Nov 27, 2006
 |
. |
|
Bahan - bahan
300 gm sayur kangkung 100 gm udang basah 1 biji bawang besar - dihiris bulat 4 biji cili merah 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 sudu besar udang kering 1 sudu kecil taucu Sedikit belacan * cili merah, bawang merah, bawang putih, udang kering, taucu dan belacan dikisar 1 sudu kecil gula pasir Garam & minyak masak Sedikit air
Cara membuat
1. Sayur kangkung dipotong dan dibersihkan. 2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bahan yang dikisar hingga berbau. 3. Masukkan udang basah, gula pasir dan garam. Kemudian masukkan sayur kangkung dan sedikit air. 4. Masak sehingga sayur lembut. Bubuh bawang besar, kacau rata dan angkat.
| | Koleksi dari planet time
Posted at 01:20 am by edaroslan
Permalink
Nov 26, 2006
 |
. |
|
Bahan - bahan
1 ekor ikan bawal 15 tangkai cili kering 10 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih Sedikit belacan *cili kering, bawang merah, bawang putih & belacan ditumbuk (A) 1 sudu serbuk kunyit Air asam jawa secukupnya Minyak masak, garam & gula pasir
Cara membuat
1. Ikan dibuang perut dan dibersihkan. Toskan airnya. 2. Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng ikan hingga garing. Ketepikan. 3. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Tumiskan bahan (A) hingga berbau. 4. Masukkan air asam jawa, garam dan gula pasir. 5. Apabila mendidih, masukkan ikan dan masak hingga keluar minyak | |
Koleksi Resepi dari Planet Time
Posted at 01:18 am by edaroslan
Permalink
Nov 25, 2006
 |
. |
|
Bahan - bahan
1 ekor ayam - dipotong 10 10 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 3 sm halia * bawang merah, bawang putih & halia dihiris (A) 100 gm rempah beriani 100 gm tomato puri 1 batang kulit kayu manis 4 biji buah pelaga 3 kuntum bunga lawang 2 kuntum bunga cengkih 1 tin susu cair 2 biji cili merah - dibelah 2 Sedikit kacang pis Sedikit daun ketumbar 1 biji buah tomato - dibelah 2 1 sudu besar minyak sapi Minyak masak & garam
Cara membuat
1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam kuali. Tumis bahan (A) hingga berbau. 2. Masukkan rempah beriani, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Goreng hingga garing. 3. Kemudian masukkan tomato puri, tomato dan susu cair. 4. Apabila mendidih, masukkan ayam dan masak hingga pekat. 5. Taburkan kacang pis, cili merah dan daun ketumbar. Masak lagi hingga kering.
| |
Koleksi Resepi dari Planet Time
Posted at 01:07 am by edaroslan
Permalink
Nov 24, 2006
 |
. |
|
Bahan - bahan
500 gm daging lembu - dihiris 150 gm serbuk rempah kari + sedikit air Air asam jawa secukupnya 3 sudu besar kerisik 1 sudu besar halba 2 batang serai 1 sm lengkuas * serai & lengkuas diketuk Minyak masak & garam 10 tangkai cili kering 6 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2 sm halia * cili kering, bawang merah, bawang putih & halia dikisar (A)
Cara membuat
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan (A) dan halba hingga berbau. 2. Tuangkan rempah kari, serai dan lengkuas. Kacau hingga garing. 3. Masukkan air dan daging. Masak hingga daging lembut. 4. Akhir sekali, masukkan air asam jawa, garam dan kerisik. Masak lagi hingga mendidih.
| |
Koleksi resepi dari Planet Time
Posted at 01:05 am by edaroslan
Permalink
Nov 23, 2006
 |
. |
|
Bahan - bahan
10 biji telur rebus 1 sudu besar biji ketumbar 1 sudu besar jintan manis 2 sudu besar biji lada hitam * ketumbar, jintan manis dan lada hitam ditumbuk 3 sudu besar air 5 tangkai cili kering 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 2 sm halia * cil keringi, bawang besar, bawang putih dan halia dihiris Sedikit daun kari Garam dan minyak masak
Cara membuat
1. Goreng telur rebus hingga kekuningan. Ketepikan. 2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis dan halia hingga garing. 3. Masukkan air dan kacau perlahan-lahan. 4. Kemudian masukkan lada hitam, garam, cili kering dan daun kari. Masak lagi selama 2 minit. 5. Akhir sekali, masukkan telur rebus dan dikacau rata | |
Koleksi resepi dari - Planet time
Posted at 01:00 am by edaroslan
Permalink
Nov 22, 2006
Sup ikan bilis kulit tembikai

Bahan-bahan ( 2 orang )
- kulit tembikai
- bawang merah
- bawang putih
- lada hitam
- sedikit ikan bilis
- garam
- gula
- serbuk perisa jika suka
- sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
- Buang kulit yang warna hijau dan potong kecik-kecik
- tumbuk bawang merah, bawang putih serta lada hitam.
- Tumis bahan tumbuk sehingga naik wangi. Masukkan air dan ikan bilis.
- Bila dah mendidih, masukkan kulit tembikai, garam, gula dan perisa. Bila kulit tembikai dah lembut bolehlah padamkan api.
Koleksi resepi dari MyResepi
Posted at 01:52 am by edaroslan
Permalink
|
|
|