|
 |
|
Nov 11, 2006
|
Alfredo Goreng |
|
|
|
|
|
|
|
Langkah 1 |
Langkah 2 |
Langkah 3 |
|
|
|
|
|
Langkah 4 |
Langkah 5 |
Langkah 6 |
Bahan-bahan: 350 gm pasta spiral | direbus 4 ulas bawang putih | ditumbuk 1 ulas bawang merah | ditumbuk 10 ekor udang 80 gm isi ayam 50 gm cendawan butang 50 gm sayur campuran 1 kiub ayam | dihancurkan 1 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tomato 1 biji tomato | dipotong dadu Garam secukup rasa Sedikit bahan perasa Minyak untuk menumis
Cara Memasaknya: 1. Tumis bawang hingga wangi. 2. Kemudian masukkan ayam dan udang. Goreng hingga masak. Masukkan kiub ayam dan garam secukup rasa. 3. Masukkan pula sayur campuran dan cendawan butang. Goreng sekejap. 4. Kemudian masukkan pasta dan kacau rata. 5. Masukkan sos cili dan sos tomato. 6. Akhir sekali masukkan tomato.
Koleksi resepi dari Majalah Rasa |
Posted at 11:42 pm by edaroslan
Permalink
Nov 10, 2006

Bahan-bahan A: 1 ekor ayam sederhana besar | dibuang kulit dan dibersihkan Garam secukupnya Kunyit secukupnya Minyak masak secukupnya
Bahan-bahan B: 10 tangkai cili hidup | dikisar 2 labu bawang besar | dikisar 3 cm halia | dikisar 4 ulas bawang putih | dikisar 250 ml sos tomato 250 ml air Garam secukup rasa Gula secukup rasa Sedikit minyak untuk menumis
Bahan-bahan Hiasan: Sedikit daun sup Sedikit daun bawang | dipotong 2 cm panjang
Cara Membuatnya: 1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan kunyit. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing 3. Masukkan air, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. 3. Masukkan ayam goreng dan kacau hingga sebati. 4. Masukkan hirisan daun sup dan daun bawang. Angkat dan sedia dihidang.
Koleksi resepi dari Majalah Rasa
Posted at 11:38 pm by edaroslan
Permalink
Nov 9, 2006

Bahan-bahan: 250 gm tepung gandum 3 biji telur 250 ml santan Sedikit pewarna kuning
Bahan Inti: 250 daging cincang 4 sudu makan rempah kari 2 biji bawang besar | dicincang dadu 2 sudu makan minyak 10 gm daun saderi | dihiris halus
Cara Memasaknya: 1. Untuk membuat inti, panaskan minyak. Masukkan bawang besar yang dicincang dadu. Goreng hingga kuning.. 2. Masukkan rempah kari. 3. Kemudian masukkan daging cincang dan daun saderi. Goreng sekejap, angkat dan biar sejuk. 4. Tepung gandum, pewarna, telur dan santan diadun bersama sehingga menjadi penkek. 5. Panaskan acuan kuih cara dan masukkan adunan tadi. Tabur bahan inti daging dan masaklah sehingga kuih kembang elok.
Koleksi resepi dari Majalah Rasa
Posted at 11:36 pm by edaroslan
Permalink
Nov 8, 2006

Bahan-bahan:
Bawah 1 cawan tepung beras 4 cawan air pandan 1 sudu makan kapur
Atas 1/2 cawan tepung beras 4 cawan air santan Garam secukup rasa
Cara Memasaknya: 1. Satukan adunan bahagian bawah dan masak sehingga mendidih. 2. Kemudian masukkan adunan tersebut ke dalam bekas. Biarkan selama 20-30 minit. 3. Dalam masa yang sama, didihkan adunan untuk bahagian atas. 4. Kemudian apabila adunan bahagian bawah telah keras, tuangkan adunan atas yang telah dimasak tadi. 5. Sejukkan dan sedia untuk dihidang.
Koleksi dari Majalah Rasa
Posted at 11:34 pm by edaroslan
Permalink
Nov 7, 2006
Sotong Goreng Garing Cili Kering

Bahan-bahan: 1/2 kilo sotong 100 gm cili kering | dipotong 3 ulas bawang putih | dihiris 1/2 biji bawang besar | dihiris 1 cm halia | dihiris 5 sudu makan kicap manis 2 sudu makan cili boh | ditumis dahulu sebelum bahan lain 2 sudu makan sos tiram Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis
Cara Memasaknya: 1. Sotong direbus, toskan airnya dan kemudian dipotong kecil. 2. Goreng sotong bersama minyak. Toskan. 3. Tumis dahulu cili boh hingga naik minyak, barulah dimasukkan bawang, halia, cili kering, kicap manis, sos tiram, garam dan gula secukup rasa. 4. Masukkan sotong tadi dan kacau rata.
Koleksi Majalah Rasa
Posted at 11:33 pm by edaroslan
Permalink
Nov 6, 2006
Cheeff Ikan Bakar Chinano

BAHAN BAHANYA
4 KEPING IKAN PARI( TIDAK SEMESTINYA IKAN PARI, SEBARANG IKAN PON BOLEH ASALKAN IKAN) 400g Chilli Bo 8 biji buah keras 6 biji bawang besar 3 biji buah tomato 6 biji bawang putih 3 batang serai
6 hirisan lengkuas 1 sudu belacan 1 cawan minyak untuk menumis gula pasir atau gula melaka secukupnya 8 sudu makan cencaluk 6 sudu air dan gula
6 sudu makan kacang tanah( disangar dan ditumbuk) Garam secukupnya
CARA CARA MEMBUATNYA
1.Panaskan minyak lalu tumiskan chilli bo itu, biarkannya selama 10 minit baru masukkan bahan bahan yang dikisar. Tumiskan hingga garing lalu masukkan garam, gula, 4 cawan air dan masakannya selama 20 minit atau sampai pekat.
2. Ikan dikukus 5 hingga 10 minit dahulu. Supaya lebih mudah unutk dibakarnya.
3. Panaskan hotplate atau kuali leper dan alas atas kuali itu dengan daun pisang yang disapu sedikit minyak masak lalu letakkan sambal yang ditumis itu dan ikan yang dikukus itu diatas daun pisang itu. Selepas itu tutupkannya dengan penutup dan biarkanya bakar selama lebih kurang 10 hingga 15 minit lamanya.
4. Selepas masak, angkatkannya lalu taburkan daun ketumbar dan dua biji limau nipis serta tabukkan kacang tanah yan g disangar.
5. Kalau lebih enak sekali dihiaskan dengan cencaluk atau kicap dicampur hirisan bawang. Ia lebih enak dimakan dengan nasi putih.
Posted at 08:43 pm by edaroslan
Permalink
Nov 5, 2006
 Bahan – bahan: 500 g daging lembu 1 cawan kicap manis 15 g garam 50 g gula 1 camca besar cuka sedikit serbuk perasa
Bahan yang dikisar: 5 tangkai cili kering 5 biji cili merah 200 g bawang merah 40 g halia 100 g bawang putih 1 camca besar biji ketumbar 1 camca besar jintan manis
Cara membuatnya: 1. Daging dipotong nipis dan digaul bersama sedikit kicap. 2. Perap daging 15 minit. Kemudian goreng daging sehingga garing sedikit dan angkat. 3. Tumis bahan yang dikisar sehingga wangi. 4. Masukkan gula, garam, cuka dan kicap manis secukup rasa. Kacau sehingga sebati. 5. Masukkan daging dan kacau rata. Apabila sebati, angkat daging dan hidang.
Koleksi dari PERMAYA
Posted at 10:20 pm by edaroslan
Permalink
Nov 4, 2006
Bahan-Bahan 1. 5 biji kentang (bil ikut cita rasa) 2. 1 biji telur (pukul) 3. 18 sudu meja tpg grng ayam (ikut bil kentang) 4. 4 sudu meja rmpah kari (ikut bil kentang) 5. 1 1/2 sudu meja gula (ikut bil kentang)
Cara Membuatnya
1. Kentang di potong ikut cita rasa dan basuh kentang setelah dipotong
2. Kentang tadi, masukan gula & rempah kari (biarkan sementara menunggu minyak panas)
3. Setelah minyak panas kentang tadi ambil 1 per 1 masukkan dlm telur & disalutkn dengan tepung tadi (buat sampai habis)
4. Boleh digoreng & dihidangkan.
Oleh : NURUL AIN MOHD MAJID
Posted at 10:02 pm by edaroslan
Permalink
Nov 3, 2006
Bahan-bahannya 1 biji epal merah - dipotong dadu 1 biji epal hijau - dipotong dadu 1 biji jus lemon 150 gm isi ayam - direbus 150 gm mayonis 100 gm lobak merah - dipotong dadu 100 gm seleri - dipotong dadu 40 gm bawang besar - dipotong dadu Sedikit daun bawang Sedikit daun parsley Sedikit buah tomato | dihiris Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat :
- Masukkan semua bahan-bahan di dalam mangkuk dan kacau hingga sebati
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Hiaskan dengan daun parsli, daun bawang dan buah tomato
Koleksi Selera Online
Posted at 09:51 pm by edaroslan
Permalink
Nov 2, 2006
|
|
|
|
BAHAN-BAHAN:
Bahan A: • 225 gm mentega • 600 gm gula pasir • 3 biji telur • Sedikit esen vanilla • 375 gm tepung kek • 15 gm serbuk penaik • 45 gm serbuk koko • 375 ml Susu Sejat F&N
Bahan B: • 600 gm gula perang • 45 gm serbuk koko • 600 ml air • 600 ml Susu Sejat F&N
| CARA MEMBUAT:
| |
Bahan A: |
| 1. |
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan pukul rata. |
| 2. |
Masukkan esen vanilla serta bahan-bahan kering yang lain. |
| 3. |
Akhir sekali masukkan Susu Sejat F&N dan kacau rata. |
| 4. |
Tuangkan bancuhan ini ke dalam acuan. |
| |
|
| |
Bahan B: |
| 1. |
Mulakan dengan memasak air, Susu Sejat F&N dan gula hingga mendidih. |
| 2. |
Kemudian masukkan serbuk koko dan kacau hingga sebati. |
| 3. |
Tuangkan bahan B ke atas acuan tadi dan bakar hingga masak lebih kurang 35 ke 40 min. Sesuai dihidangkan panas.
Koleksi Mingguan Wanita |
Posted at 01:48 am by edaroslan
Permalink
|
|
|